masih memerlukan masa..........

masih memerlukan masa..........

Monday 29 October 2012

ukhti, kamu sgt istimewa, tahu? :)

♥ Cantikmu UKHTI ♥


Hal terindah dari seorang wanita adalah bukan saat ia tersenyum bahagia,

tapi saat butiran air matanya terjatuh saat berdoa...


Bukan karena kecantikan yang mempesona,
tapi karena sujud rukunya yang tiada henti...
Atau bukan kerana keelokan tubuh yang di pamerkan,tapi kerana keteguhan IMAN nya dalam menjaga auratnya...
Maka ia adalah permata yang dirindukan dan embun yang di nantikan...Bahkan bidadari pun cemburukerananya....
SUBHANALLAH..






bersabarlah :)

ANTARA LUKA & KEIKHLASAN,,


HATI yang MULIA itu saat engkau tetap TERSENYUM & BERTAHAN..

Walau luka tergenggam didalamnya..

Dan kau tetap bertahan dlm SABAR mu..


Tetap memberi ubat walau orang memberimu racun..



Kau tetap berbesar hati tuk selalu mendoakannya.

Kemuliaan hati tumbuh bersama KECINTAANmu pada ILAHI,



Kerana HATI yang selalu tertuju pada_Nya..




Sebesar apapun luka yang diberikan org lain terhadapnya.



Ia tetap TERSENYUM & MEMAAFKAN,



Ia senantiasa sadar diri akan dirinya yang rendah dihadapan ALLAH..



Dia akan merasa malu bila tak belajar memaafkan kerana..



ALLAH pun Maha Pemaaf..


HATI yang BENING adalahah hati yang tak ada penyakit didalamnya..



dan Indah dengan DZIKIR yang terus terlantun..

Indahnya SABAR berbuah KEIKHLASAN..



InsyaAllah..

(^_^) Salam santun ukhuwah fillah..

bertamu dalam mimpi ??

natijahnya bila....

Natijahnya bila tido petang. Ya Allah. Aku mimpi dia dan mereka. Aku mimpi *****. Dia datang rumah aku. Dan dia mcm nk ulang balik apa yg pernah berlaku dulu. It’s really remind me to 6 years ago. =( Dalam mimpi aku tu dia dah berubah. Erm.. kenyataannya dia mmg xkn berubah. Kenapa asek mimpi dia? 1 je jawapannya. Aku masih x boleh lupakan dia. Rasa mcm nk buang 1 wayar dlm otak aku ni supaya dapat lupakan dia terus. I hate him as much as i love him before. Eee tapi kenapa x boleh benci dia? Tension la cm ni. =(



Erm.. past is past rite? So, dia dah jd kenangan. Sekarang ni iwan kenyataan aku. Orang kata, lebih baek kita sayang orang yg sayangkan kita. Jgn sayang orang yg kita sayang sedangkan org tu x sayangkan kita. Eh betul ke? X kisahla.. HOHO...

Friday 26 October 2012

korban? korban kami??


10 Zulhijjah 1433, Jumaat, 26 Okt 2012

Selamat hari raya Aidiladha! ok. ni la pengorbanan terbesar kami utk hari raya haji tahun ni. sedih mmg sedih. tp, aku tau, hikmah sedang menunggu. hikmah dari Allah mmg sgt2 manis. so, redha. berdoa. insyaAllah.. Allah itu Maha Penyayang. :') 

bergambar b4 menunaikan solat sunat aidiladha.. comel x kami..? hehe



sabar umai.. ada hikmah. hayati takbir. insyaAllah hati akan jd tenang walaupun sayu mengenangkan nasib diri d perantauan. ceewaahh! hehe.. have a nice day!

Wednesday 24 October 2012

aku??


aku ke ni??

nama aku nur umaimah binti jasimon. umur? kalau nk ikut betul2 baru 19 tahun 10 bulan. hehe. panggil je umai. tp masa mula2 aku masuk UMK, aku kenalkan diri aku sbg mai je. senang kot nk sebut. tp x kisah pun nk panggil mai ke, umai ke, x kisah. dah 20 tahun ni, banyak sgt pengalaman yg dah aku lalui. sama jgk cam korang kan. kawan2 yg dah lama kenal aku, mesti dah tau perangai aku yg sebenar. tanya la mereka siapa aku. mesti diorang jawab, aku ni suka ketawa,suka wat lawak, suka gelak.. ya, mungkin betul. aku mmg suka ketawa. tapi.....kenapa sekarang aku mcm dah laen? bila dah kenal "dia", kenapa asek nk sedih je?? tiap masa nk sedih. xde dia nk sedih. bila dia da muncul pun aku akan sedih. kenapa mai? siapa "dia" tu sebenarnya? kenapa aku rasa mcm ni? kenapa ada perasaan mcm ni? again..again..n again... perasaan camni mmg selalu muncul. aku benci la cmni. em.. believe in first sight? first sight?? time tu aku x kenal pun dia siapa. n even sampai sekarang pun aku x kenal sgt ngn dia. so kenapa nk tertarik ngn dia? stop it umai. stop it. kalau xnk rasa kecewa, baek berhenti sekarang. berhenti kenal dia. berhenti mengagumi dia. delete semua yg ada kaitan dgn dia. kawan? mungkin boleh. dan memang dari awal perkenalan sampailah sekarang mmg hanya KAWAN. so apa nk risau sgt umai?? tu cuma perasaan je. lama2 nanti hilangla. nope! x semudah tu. tapi aku akan cuba. tapi.. semuanya takdir Allah. semuanya perancangan Allah. perempuan yg baik hanya utk lelaki yg baek. ok. dia baek dan aku x. finish. 

arafah 9 zulhijjah


9 zulhijjah 1433

Hari ni semua orang islam yg menunaikan ibadah haji sedang melakukan wukuf d arafah. 9 zulhijjah next year insyaAllah aku pulak yg akan lakukan ibadat tu...tp...xde siapa nk teman aku g mekah, wali xde. Bapak n mak baru balik haji 4 tahun yg lepas. Diorang da daftar lg, tp pihak tabung haji utamakan orang2 yg belum pernah pergi haji. Alhamdulilah nama aku tersenarai utk pergi haji tahun 2013, tapi....aku terpaksa tolak tawaran tu... sebenarnya panjang kisah di sebalik tabung haji ni. Huhu.. Mmg berat hati. Tapi, insyaAllah ada kesempatan lain lg.. k, hari ni hari wukuf d arafah, rukun haji yg ke 2. Walaupun x pernah wukuf, tapi aku pernah berada d arafah, 8 tahun yg lepas, masa wat umrah ngn mak, ayah, n akak. Padang arafah. Tempat pertemuan nabi adam dan hawa selepas Allah turunkan mereka ke bumi. Erm.. Seriusly aku mmg nk lg g sana. Tp, mungkin belum waktunya. Allah.. rindu mekah.. Rindu Madinah.. Itula tempat yg paling tenang pernah aku pergi. Pengalaman pertama tengok kaabah depan mata...Ya Allah... xdpt digambarkan dgn kata2. Sangat menakjubkan. Pertama kali pandang kaabah mmg akan mengalir air mata. Walau sesak mcm mana pun masjidilharam, bila tgk kaabah, n pandang ke langit, hati akan jd tenang.. sgt tenang.. Subhanallah... ye, aku rindu itu semua :’)

K, 9 zulhijjah 1428, 5 tahun yg lepas, tarikh ni aku berada kt kampung. No need to tell more, just want to share that....that date was very worst for me. semuanya berlaku sekelip mata. Sebenarnya, pengalaman yg seronok (time tu la). Tp bila pk2 balik sekarang, no! Tu la pengalaman paling buruk pernah aku ada. Jahil nya aku waktu tu. Lekanya aku waktu tu. Lalainya aku. Teruknya aku. Jahatnya aku. Ya! Sgt teruk! Aku benci diri aku waktu tu. L ya Allah, aku harap Allah ampunkan dosa2 kami. Kami?? Ya kami..

Now, 9 zulhijjah 1433, aku berada di bumi kelantan. Kelantan?? Ok, aku x balik utk raya haji di rumah. Aku beraya dgn kawan2, kt hostel UMK. Sedih? Of coz! But, ada sorang kawan ckp, Nabi Ismail lg besar pengorbanan dia jika nk dibandingkan dgn kita. Thanks kawan. So, terima hakikat. Yg pasti, hikmah sedang menunggu. Hati kena benar2 ikhlas. Allah akan redha. Bila Allah redha, kita akan gembira. J InsyaAllah.